Skip to content

martoloyo simbah

Narrow screen resolution Wide screen resolution Increase font size Decrease font size Default font size    Default color brown color green color red color blue color
You are here: Beranda arrow Berita arrow Manca Negara arrow MAVA (Malaysia Volleyball Association) Mengontrak Pelatih Bola Voli Pantai Dari Cina.
Skip to content

Login Form






Lost Password?

Visitors Counter Since 4 Feb 2012

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday1828
mod_vvisit_counterYesterday1888
mod_vvisit_counterThis week10555
mod_vvisit_counterThis month14424
mod_vvisit_counterAll6441078

sloganvoli.jpg

MAVA (Malaysia Volleyball Association) Mengontrak Pelatih Bola Voli Pantai Dari Cina. PDF Print E-mail
Written by donny   
Saturday, 16 June 2007
KUALA LUMPUR,  (Bernama) -- Persatuan Bolatampar Malaysia (MAVA) akan mengambil jurulatih dari China untuk meningkatkan struktur kejurulatihan bola tampar pantai di negara ini.

"Fokus kami sekarang ialah kepada bola tampar pantai berikutan keputusan memberangsangkan yang diperolehi pasukan wanita kita. Baru-baru ini mereka menang kejohanan terbuka Indonesia bagi dua tahun berturut-turut," kata Presiden MAVA Datuk Lee Jin Xian.

Ahad lepas, pasangan utama negara Beh Shin Tung dan Luk Teck Hua menewaskan pasangan utama Indonesia, Ayu dan Nopita untuk merangkul kejuaraan itu di Jawa Timur.

"Kejayaan mereka mencerahkan harapan kita untuk memenangi pingat di Sukan Sea Korat pada Disember nanti," kata Lee selepas mesyuarat lembaga Persekutuan Bolatampar Asia di sini hari ini.

Beliau berkata Majlis Sukan Negara telah bersetuju dengan permintaan MAVA untuk mendapatkan jurulatih China.

Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zolkples Embong yang mengesahkan permintaan MAVA berkata, beliau telah mengikuti perkembangan sukan bola tampar dan gembira dengan kemajuan pasukan dan persatuan sukan tersebut.

"Pasangan itu menduduki tempat kelapan di Sukan Asia Doha dan sekiranya menerima bimbingan yang betul, mereka akan mencipta kejayaan.

"Bola tampar bukan merupakan sukan elit negara ini tetapi ia menampakkan kemajuan dan MSN akan memberi sokongan," katanya.

Pasukan lelaki dan wanita negara akan bertarung pada Kejohanan Asia di Hyderabad, Pakistan mulai 4 hingga 7 Julai sebagai persediaan menghadapi Sukan Sea.

MAVA turut menganjurkan kejohanan Bolatampar Remaja Asia pada Mei.

Sumber. BERNAMA.COM
 
Last Updated ( Sunday, 17 June 2007 )
 
< Prev   Next >
Top .clearfix { display: inline-block;} !-- BEGIN: SPOTLIGHT -- 1); /*screen tool*/ ??php if ( mosCountModules( 'left' ) || ($subnav) ) { ? !-- BEGIN: LEFT SIDE --Contentja-cert src=